Monday, June 13, 2011

NORA ELENA

NORA ELENA.. korang sume tau kan sal cite nih.. aku sempat tengok first episod jer kat TV3.. tu pun kejap jer.. sebab kene layan kat foyer hostel.. huish! malas aku nak lepak lelama kat situ.. lagipun selama aku dok kolej nih.. aku xkan turun semata-mata nak tengok tv.. klu tengok pun sebab turun basuh baju kat washing machine ke, discussion kat bilik tv ke.. tu je la..

melalut la ko aini.. okeh! back to main topic..

Nora Elena drama di Slot Akasia TV3 bermula 9 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.


Sinopsis Nora Elena: (walaupun ramai dah tau.. aku nak jugak gtau..)

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Barisan pelakon utama NORA ELENA..
Aaron Aziz (Seth Tan), Siti Saleha (Nora Elena), Zul Ariffin (Eid)


kan drama ni diadabtasikan dari novel Kasih Yang Suci.. bangga jap aku bile aku sememangnya dah ada novel tu.. mulanya aku tak tahu pun yang jalan citer Nora Elena tu dari novel tu, tp bile bdak kelas aku yang pinjam novel aku tu gtau baru lah aku tahu..

alla Aini, ko kan da ade novel buat ape lagi nak tengok Nora Elena nih??
  1. sebab aku memang nak tau jalan citer drama bila dia adabtasikan dari novel.. bile dah baca novel pun rasa best, tengok real lagi la kan..
  2. sebab Ana Abdullah beria² nak download citer nih
  3. banyak rumors yang kata citer tu mmg best..(mmg diakui..)
  4. banyak part yang romance..(gatal nau..haha)

aper2 pun thanks to Aspire Sempot kerana telah mendownload separuh dari cerite tuh..
tak lupa jugak kepada Kepala Bergetar yang telah menyumbangkan banyak link untuk aku download cite Nora Elena nih..


gelak gelisukahati:: ape² pun memang layan la citer nih.. dengan keromantikkan Seth Tan n kekiutan Syah Iskandar.. hehe.. gilo jap aku nih!.. haha..

masih tertunggu² ade ke mana² pengarah atau penerbit yang nak buat cite yang diadabtasikan dari novel Andai Itu Takdirnya.. xsabar rasanya nak tengok kalu ada.. hehe







No comments: