Tuesday, March 8, 2011

Show Off la ko! haha


setelah berpenat lelah kumpul stiker gaurdian.. ni lah hasilnya.. wee~~


nama dia DONUT.. tp nama komersialnya mesti la korang tau kan.. Donald.. hey! mr.Donald!~~ terpaksa pilih dia dalam rela.. sebab pilihan yang aku nak dh habis.. hmm.. xpe la..

tigger Ain.. kamu da ade teman.. ni saya kenalkan Donut tuk kamu.. berbaik2 lah.. haha...

ni Tigger Ain..keorengan terserlah!





see.. dyorang da berbaik.. gudgirl!..(eh! bkn ke dyorang tu boy?? gasak lah!)

~one happy family..~
my collection.. bear from umi n abah.. dale from ciksu for my graduation day!
tengok dek amalin nie.. mesti dy nak.. huk aloh! haha






Join Contest Aku Kaya

sekali lagi arini aku nak join contest.. cam GA jugak la.. Contest ni datangnya dari belog Bobiestory.. dy buat contest Aku KAYA.. haha.. kaya?? sapa xnak kaya kan?? rezeki masing-masing la...=)

syarat² nak join contest ni adalah seperti berikut:


  1. jadi mmbe blog Bobiestory :suda buat
  2. letak dy dalam bloglist.. : suda buat
  3. letak header blog dy : tu dia aku letak kat atas.. dy punya header la.
  4. buat entry : mmg ni la entry dy..
  5. sebab kenapa aku terbaca belog dia ialah: aku blogwalking la.. jalan punya jalan terserampak la ngan belog Bobiestory nih.. baca..baca..baca.. dan agak tertarik hati.. aku follow la.. tu la sebabnya..
  6. tag 1 kawan?? sape nak join contest ni?? dy la yang akan aku tag.. anyone la.. tp aku nak tag la jugak sorang nama..
  7. last skali cam biasa la.. paste url blog kat dy punya entry la..

HADIAH FULUS...TUNAI RM300
TARIKH TUTUP: 31 MARCH (11.59 MALAM)



konflik dalam diri..nak pakai ape la tuk kelas 2 jam ptg nih'??







Welcome Girls!

krem jap otak aku semalam.. letih sangat² sampai nak wat entry baru pun rasa xlarat.. plus lagi mengantuk yang sentiasa mengekor aku walau ke mana pun aku pergi.. haha

credit to putpanda for gmbr nih!

ni lah sebabnya.. aku ada test sampai 2 semalam.. mane la otak aku xkrem.. nasib baek la aku boleh jawab.. (hmm.. jawab tu mmg la boleh.... tp betul ke salah jawapan tu kita xtau yer) tp entry nih bukan nak cerita sal test tu.. aku pun xnak ingat sangat da kecarelessan aku semalam..huhu.

ekcelli aku nak memperkenalkan our new famili mmbers!.. haha.. aku dapat news ni pagi semalam.. hepi xterkata sebab aku da lama xmaen ngan bby newborn..(pdhal amsyar tu baru jer stahun lebih, xde la lama sangat.. huhu)

ok! let me introduce my girls!


Ni cousin aku yang ke.....( hmm.. malas nak kira la plak yang ke berapa..tp yg pasti dy belum yang ke 20..) anak Ayah Teh aku.. ni anak ke 2 dy selepas Aniq Hakimi.. umur bby ni baru sehari.. kira dy lahir semalam la (7hb Mac 2011) fresh newborn! hehe.. ai! xsabar giler aku nak jupe bby nih!.. xsabar nak peluk cium.. UTeM bile cuti nih!? aku na blik kampung! plizzzzz.....




ni plak anak saudara aku..yang kenal aku mesti pelikkan.. macam mane aku boleh ada anak saudara sedangkan aku nih anak sulung.. mesti korang akan kata.. alla, anak sedara BF ko, mesti la anak sedara ko jugak! tteeet! salah!.. bkan anak sedara BF (eh, aku single la.. mne ade BF² xsempat nak mencari.. hik..hik..hik).. ni anak kakak angkat aku la.. so, da macam anak sedara aku jugak la.. da mmg berkaitan ngan aku kan..haha

Nma bby nih Qyra Qhalila.. hmm.. nak sebut da terbelit2 hihi.. born on 1st Mac 2011.. da seminggu da umur dy.. bby ni pun aku xsempat nak jupe lagi.. ai! bila la bby ni nak kena cubit ngan aku nih!? haha..

okeh! berbalik plak kepada amsyar yang da bukan newborn bby nih!.. bdak ni da pandai panggil aku tau.. tp xberapa nak betul la pronounce nya.. pe yang penting da pandai nak layan orang terutama bila member² aku datang umah.. very clever boy! haha.. nak marah orang pun dah pandai.. ade xkena skit jer, da pandai nak wat xtau ble orang marah dy.. tu cara dy nak tunjuk kemarahan dy.!

nak tengok gmbar dy?? meh aku tunjuk..


Ape² aku sangat gembira tuk mencobet bby² nih! hahaha..



Sunday, March 6, 2011

Birthday =)

HAPPY BIRTHDAY TO you..

HAPPY BIRTHDAY TO you..

HAPPY BIRTHDAY TO ____..

HAPPY BIRTDAY TO you..


pada tarikh 6 Mac every year.. beginning on their born year.. mereka yang ada kaitan dengan aku ni akan menyambut hari kelahiran mereka.. mereka tu adalah:


this is my cousin.. nama dia Malissa Wani bt Mohd Amini (wani, lupa ejaan nama ayah gne..huhu) aku panggil dy ni wani walaupun umur dy lebih tua dr aku.. (beza umur kami only 1 year jer).. puas mok (mak wani) n abah aku suruh bahasakan kakak.. tp nk wat camne. dah lekat panggil nama jer..



Dy ni plak namanya Farhana Abdullah.. dy ni housemate aku sepanjang aku dok di UTeM nih.. kiranya kami ni baru kenal xsampai setahun la.. tp da boleh rapat.. suka mengejek orang n buat orang gelak.. tu yang aku senang nak kawan dengan dy.. malam semalam, kami buat hidangan khas dari Asma tuk celeb besday dy.. terkejut jugak la dy walaupun da ade orang bagi hint pasal aktiviti semalam.. hampeh tol!..


tak kira la berapa umur korang pun, korang tetap jugak lebih tua dari aku.. hihi.. ape2 pun aku nak ucapkan Happy Birthday..

and wish tambahan lak cam biasa la..
MOga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. moga sukses selalu.. alla ayat command yang sering aku n orang laen gunakan la.. korang buat la ayat sendiri.. hihi=)


and tidak lupa jugak aku nak wish kat blogger-blogger yang sambut birthday dy harini.. HAPPY BIRTHDAY!=)


celahkuku: hoi aini! study la.. esok ade test nih! cepat2 study.. huhu


Saturday, March 5, 2011

Bijak Berbelanja..

semakin lama makin senang duit aku melayang.. ntah ke mana2.. bile aku tengok barang yang aku beli xde la sangat.. Boros ke aku?? ataupun keperluan hidup yang tinggi di Melaka nie?? nak kne jimat lah pasni..

"Hoi aini! jimat la duit tu.. jangan nak boros sangat.. mu ingat umi abah mu kijo cop duit ko??"



sedang elok jer aku dok pikirkan pasal duit ni.. aku jupe lak artikel sal cara bijak berbelanja nih.. meh aku nak kongsikan la.. sekadar nak bagi peringatan kepada diri sendiri dan rakan semua tuk membelanjakan duit yang cepat sangat boleh habisnya...huhu


#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

hmm.. nasib baik la aku xde kad kredit lagi.. xpayah buat langsung pun lagi bagus kot kad kredit nih..buat kita makin leka.. padahal duit banyak n lebih senang terbang klu pakai kad kredit..


#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

hmm.. mindset nih.. okeh.. akan cuba buat.. banyak nih yang aku nak beli.. hope tercapai lah nanti..



#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

Say NO tu beli barang merapu.. yang TIDAK DIPERLUKAN ketepi dulu.. hmm...gne dulu barang-banrang tu selagi boleh digunakan..


#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

hmm.. selalu buat shoplist nih.. tp mmg selalulah brg shoplist ni terlebih dibeli..~~

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

kalau terlebih jugak mmg gasak la nak pikir mane nak cari duit tuk menampung.. huhu


#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

ha.. ni mmg ade seorang mmbe yang boleh diharapkan untuk tarik aku daripada senang berkenan dengan barang2.. tp kekadang hampeh jugak.. aku plak yang kne tarik dia pulak.. haha


#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

Okeh.. yang nih mmg setuju tp jarang buat.. sebab belum penah beli barang yang kne decide betul2.. hehe


copycat dari Artikel iluvislam.com. TQ


Layakkah kita??

"Umi!!!!" Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

"Umi!!!" Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

"Khalid.. Khalid anak umi..."

Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang...

"Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."

[B]* * *[/B]

"Khalid... Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"

Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

"Umi, Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...

"Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.

Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

"Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita akankuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

"Tapi abi...."

"Kenapa Khalid?"

"Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

"Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"

Angguk.

"Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."

"Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.

"Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

"Macam abang-abang?" Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

"Abi....."

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.

Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini...

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta...

[B]* * *[/B]

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.

Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

"Abi... Kenapa tinggalkan Khalid..."

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...

* * *

"Umi..." Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

"Ya sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

"Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?"

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

"Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."

"Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"

Nur Laili tersentak sekali lagi.

"Umi..." Perlahan, Khalid memanggil.

"Ya sayang..."

"Adakah mereka mendoakan kita?".

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Nur Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.

Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.

"Umi..."

Khalid memanggil lagi.

"Ya..."

"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?".

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Diam.

"Umi.."

"Ya nak.."

"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?"Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi air...

"Umi tidak tahu sayang..."

''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.

"Umi..."

"Ya sayang..."

Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...

"Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"

"Ya sayang.."

"Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?"

Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini...

"Kenapa umi menangis?"

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..

"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?".

Angguk.

Pom!!!.

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

"Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

"Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya...

"Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya....



kongsi cerita dari Artikel iluvislam.com





Saya dah DEWASA

Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.

Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Melaka, tak penah-penah saya fikir boleh survive tanpa umi abah..
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat calculation +-*/ jer.. sekarang ni, semua theorem saya kena paham and calculate
Dulu abah beli komputer buat maen game Solitare, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.i

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)


sumber dari Artikel iluvislam.com dan saya edit ape yg berkaitan..





Friday, March 4, 2011

hujung minggu di Tanjung Malim

arini jumaat.. makna nya esok da hari minggu la.. wa~ kejapnye da hujung minggu balik.. masih terngiang2 lagi dup..dap..dup..dap.. nak naek pentas minggu lepas..Ya ALLAH.. cepatnye masa berlalu..

last weekend aku bley memory yg paling best bila aku da dapat Diploma yang aku berperang selama 3 tahun aritu.. aku berasa amat bangga..(hmm.. dpt diploma pun da bangga yg amat, degree nt xtau la nak cakap camne..)

okeh! entry aku nih bkan nak menaip pnjg2.. tp juz nk show off gmbr yg lelebih yg terSNAP pada minggu kejadian..
okeh! perjalanan bermula dari Kolej Kediaman Bunga Raya, Bukit Beruang, Melaka.....=)

Perjalanan yang agak smooth melintasi 3 buah negeri.. hoho.. banyak x??



nadia si pemandu berhemah..=) disebabkan perjalanan yg jauh.kami keboringan dan terjadi la gambar2 yg berlatar belakangkan kereta..huhu




bergambar sambil menunggu cupcake yg ditempah.. (di UiTM Shah Alam, amik si Nabilah)
"sape setuju kite bakor umah Kak Limah, sila angkat tangan seperti mereka"


ha.. da sampai pun cupcakenya.. penat nunggu lelama..
posing jap with member lame a.k.a jong buat cupcake..=)


esoknya (27hb Feb 2011)

kami dikehandaki tuk menghadiri majlis raptai..time ni la kami semua satu kelas (walaupun ade yang xdapat datang) dapat berkumpul.. ramai.. tp xde gmbr la plak.. huhu

waiting for others.......

disebabkan majlis kami sidang petang, kami KOMPEM xsempatla punya nak amik gambar selepas majlis.. so, our photographer decide nak amik gambar before majlis..
petang tu kami beramai2 la mengunjungi lokasi yg ditetapkan : Tasik ProtonCity

tempat lepak dulu2 (jika ade kereta la) lo, xjangan harap dapat ke sana.. hehe.. dulu cantik jer tempatnya.. tp sekarang da macam xterurus da kawasan tasik tu.. sabor jela..






malam before convo tu kami kuar makan beramai2.. bile lagi kan nak berkumpul.. lepas ni lagi la ssah nak jupe.. maklum lah masing2 da ade tanggungjawab sendiri..
tp... ape kaler hijau kat tengah tu??


nak tau ape??

jeng..


jeng..


jeng... ni dia

wow! katak hijau ni nak makan cupcake jgk?? moden tol!


28th Feb 2011
maka berlangsung la detik bersejarah bagi kami semua.. kami semua menerima diploma yang diimpikan selama kami berada di Politeknik Sultan Azlan Shah.

Gambar ngan sebahagian budak kelas yang sempat bergambar bersama Puan Pengarah dan salah seorang PA kami.. SIFU NOOR.. sedih sebab Pn. Sarunnida xdapat bersama kerana beliau telah berpindah.

with my beloved BFF..(fiza cyg..)


yey! kami berjaya..

bersama ngan senior a.k.a jiran sebelah umah sewa di Behrang 2020
(pemberi pinjam motor..hehe)

aik! kate jiran.. tp tu very close jer ngan fiza.. ape nih?? haha

Thanks to umi abah, ciksu, ayahteh sebab bagi bunga nie.. first time dapat bunga.(sukasukigelihati..wee~~)
thanks to umiabah, ciksu anokbranok n adik2 sebab sudi datang ke majlis ku.. n semua mmbe yang wish kat aku.. terima kasih banyak2.. hihi